Sunday, July 15, 2018

KERTAS KERJA WAYANG PACAK









KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

KERTAS KERJA
WAYANG PACAK

TARIKH:
15 JULY 2018
(AHAD)

TEMPAT:
ASRAMA PUTERA,
KOLEJ VOKASIONAL SEPANG




1.    MATLAMAT PROGRAM

Menyatukan semua pelajar asrama di kawasan luar bilik(dorm) sambil menghayati suasana santai. Program ini dapat mengelakkan pelajar daripada menghabiskan masa di laman social dan media malah ia mampu mengeratkan silaturrahim dianatara semua kohort.

2.    OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama pelaksanaan wayang pacak ialah:
·         Melakukan Aktiviti Santai
·         Menghayati suasana malam di luar bilik(dorm)
·         Merapatkan silaturrahim sesama pelajar

3.    TARIKH :
15 JULY 2018 (AHAD)

4.    TEMPAT :
Asrama putera, Kolej Vokasional Sepang

5.    SASARAN :
Semua pelajar asrama putera.

6.    ANJURAN :
Exco Kolej Kediaman, Kolej Vokasional Sepang.

7.    PELAKSANA PROGRAM :
Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Sepang.






8.    JAWATANKUASA PELAKSANAAN :

Penaung                    : Tuan Haji Mohd Azman Bin Haji Mohd Akhir
Penasihat                 : Puan Siti Rafeedah Binti Mohd Dasir
                                               
                       
Pengarah Program             : Muhammad Naim Bin Abdul Jalil
Pen . Pengarah        : Shahrul Ridwan Bin Noryusmiza
Setiausaha                : Nur Muhammad Qasim B Abdul Rahman

9.     TENTATIF PROGRAM

BIL
TENTATIF PROGRAM
MASA
1.
MAKAN MALAM
09.30 MLM – 10.00 MLM
2.
PERSEDIAAN PROGRAM
10.00 PTG – 11.30 MLM
3.
FINAL BOLA
12.30 MLM – 3.00 PAGI
4.




10.  PENGURUSAN DAN PENGLIBATAN PROGRAM
·         Biro Kolej Kediaman
·         Semua Pelajar Asrama

11.  KEPERLUAN PROGRAM
·         Projektor dan layar
·         Komputer untuk memainkan video
·         Video untuk dipancarkan di layar
·         PA sistem yang sesuai supaya bunyi video dapat didengar dengan jelas.
·         Kanvas atau karpet untuk pelajar duduk.
·         Makanan dan minuman yang disediakan oleh pihak dewan makan.

12.  SYARAT PROGRAM
·         Pakaian beradab dan menutup aurat.
·         Dilarang membuang sampah merata-rata sepanjang program.

13. KESIMPULAN  
    Program wayang pacak ini dapat memberi para pelajar merasai suasana santai di luar bilik dan dapat menghayati program yang santai tanpa paksaan untuk menghadiri program ini. Seterusnya ia juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara junior dan senior kerana semua kohort dikumpulkan di satu tempat.

Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR MUHAMMAD QASIM B ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Program,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Kolej Vokasional Sepang.                                          Tarikh:

Disokong oleh,                                               Diluluskan Oleh:

………………………………..                        ……………………………………..........
(Pn Zainab binti Mohd Shah)                      (Tuan Haji Mohd Azman bin Mohd Akhir)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik   Pengarah Kolej Vokasional Sepang
Tarikh:                                                          Tarikh: