Saturday, April 28, 2018

KERTAS KERJA PROGRAM OUT NIGHT (PRO ON)









KOLEJ VOKASIONAL SEPANG

KERTAS KERJA
PROGRAM OUT NIGHT
(PRO ON)

TARIKH:
6 & 28 APRIL 2018
(JUMAAT DAN SABTU)

TEMPAT:
DEWAN BESAR AL-JAZARI,
KOLEJ VOKASIONAL SEPANG




1.    MATLAMAT PROGRAM

Program ini dijalankan untuk mengisi masa lapang pelajar daripada melakukan perkara yang tidak berfaedah berlaku di asrama. Program ini mampu mendidik jati diri pelajar, rohani dan jasmani para pelajar. Aktiviti ini dilaksanakan dengan bantuan unit pengakap elite dan unit pengurusan asrama bagi menjamin keselamatan ketika melaksanakan sebarang aktiviti pada waktu malam.

2.    OBJEKTIF PROGRAM
Objektif utama pelaksanaan Program Out Night (PRO ON) ialah:

·         Mengeratkan hubungan silaturrahim
·         Meningkatkan jati diri pelajar.
·         Membina sifat keberanian dalam diri para pelajar.

3.    TARIKH :
6 April 2018 (Jumaat)

4.    TEMPAT :
Dewan Al-JAZARI, Kolej Vokasional Sepang

5.    SASARAN :
Semua pelajar aspura.

6.    ANJURAN :
Exco Kolej Kediaman, Kolej Vokasional Sepang.

7.    PELAKSANA PROGRAM :
Majlis Perwakilan Pelajar, Kolej Vokasional Sepang.



8.            PENGENALAN PROGRAM
      Program ini merupakan rujukan daripada kem latihan Pengakap Raja pada sesi 2016 yang menjadi satu sumber inspirasi yang memberi faedah dan keseronokan kepada para pelajar asrama. Aktiviti yang dilaksanakan tidak terlalu lasak dan kasar malah ia merupakan aktiviti remaja pada masa kini yang inginkan sesuatu aktiviti lasak.

      Program ini akan memberi satu kelainan kepada semua pelajar asrama kerana tidak pernah dilaksanakan oleh pihak kolej. Selain itu, program ini juga akan memberi tarikan yang tinggi terhadap pelajar asrama kerana aktiviti yang lasak dan santai malah ia merupakan satu program yang menarik untuk dilaksanakan oleh kolej kerana aktiviti seperti ini sering dijumpai di kem luar.

      Akhir sekali, keselamatan para pelajar telah menjadi tanggungjawab kami sepanjang program yang bakal dijalankan ini. Oleh itu, Unit pengakap elite diperlukan sepanjang program. Hal ini kerana mereka mempunyai pengalaman yang dalam menyertai perbagai kem yang lasak.

9.    AKTIVITI PROGRAM
v  CLIMBING WALL
ü  Melaksanakan aktiviti lasak bagi meningkatkan keberanian di kalangan pelajar aspura. Seterusnya, aktiviti ini mampu memberi keyakinan dalam diri pelajar.
v  RING THROW
ü  Melakukan aktiviti riang dengan bercerita kepada pelajar agar tidak kebosanan manakala aktiviti ini juga sangat mudah dsan menyeronokkan.
v  WEREWOLF
ü  Aplikasi yang terdapat di dalam gadget juga dapat menarik minat dsan mendidik para pelajar untuk menggunakan gadget dengan cermat. Permainan ini dapat membantu para peljar untuk tidak mudah percaya kepada orang lain.

v  WAYANG PACAK
ü  Memberi aktiviti santai kepada pelajar dengan menonton cerita yang menarik kepada pelajar asrama.

10.   PENGURUSAN PROGRAM
v  BIRO KOLEJ KEDIAMAN

ü  Memastikan pelajar turun ke dewan
ü  Menjaga disiplin pelajar

v  UNIT PENGAKAP ELITE
ü  Membantu menguruskan aktiviti program
ü  Membantu menyediakan perlatan yang lengkap
ü  Menjaga keselamatan pelajar semasa aktiviti climbing wall dijalankan.

11.  KELENGKAPAN YANG DIPERLUKAN
Ø  Alatan climbing
Ø  Safety Mattress
Ø  Khemah
Ø  Lampu
Ø  Tayar
Ø  Fist Aid











12. JAWATANKUASA PELAKSANAAN :

Penaung                    : Tuan Haji Mohd Azman Bin Haji Mohd Akhir
Penasihat                 : Puan Siti Rafeedah Binti Mohd Dasir
                                               
                       
Pengarah Program             : Muhammad Naim Bin Abdul Jalil
Pen . Pengarah        : Shahrul Ridwan Bin Noryusmiza
Setiausaha                : Nur Muhammad Qasim B Abdul Rahman
13.  TENTATIF PROGRAM

08.45 mlm
Pelajar hadir ke dewan
09.15 mlm
Wall Climbing
09.45 mlm
Ring Throw
10.15 mlm
Werewolf
11.45 mlm
Wayang Pacak
01.30 pagi
Bersurai

28 APRIL 2018
09.00 mlm
Pelajar hadir ke dewan
09.30 mlm
Wall Climbing
(Zon A dan B)
10.00 mlm
Ring Throw
11.00 mlm
Werewolf
11.30 mlm
Wall Climbing (Zone C)
12.45 mlm
Bersurai

14.  PENGURUSAN DAN PENGLIBATAN PROGRAM
·         Biro Kolej Kediaman
·         Semua Pelajar Asrama
·         Unit Pengakap Elite

15.  SYARAT PROGRAM
·         Pakaian beradab dan menutup aurat.
·         Dilarang membuang sampah merata-rata sepanjang program.
·         Dilarang menceroboh kantin.

16.  KESIMPULAN
    Di akhir program ini, pelajar dapat meningkatkan jati diri dalam memberanikan diri untuk mencuba perkara baru dan lasak. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturrahim di antara pelajar mengikut kohort serta dapat mengelakkan mereka daripada saling bermusuhan. Akhir sekali, aktiviti ini juga dapat mengurangkan tekanan pelajar asrama yang sering terkongkong dengan peraturan asrama.










Disediakan oleh,

…………………………………….
(NUR MUHAMMAD QASIM B ABDUL RAHMAN)
Setiausaha Program,
Majlis Perwakilan Pelajar,
Kolej Vokasional Sepang.                                          Tarikh:

Disahkan oleh,                                           Disemak oleh,                                           

………………………………..                       ……………………………………..              
(Pn Zainab binti Mohd Shah)                     (Mohd Shah Bin Misdi)
Timbalan Pengarah Sokongan Akademik   Ketua Unit Pengurusan Asrama
Kolej Vokasional Sepang                          Kolej Vokasional Sepang   



No comments:

Post a Comment