Tuesday, October 10, 2017

Laporan Cadangan Akhir Tahun


AKTIVITI BIRO KOLEJ KEDIAMAN



1.  PROGRAM               :           GOTONG-ROYONG  AKHIR TAHUN

2.  AKTIVITI                 :       Mengadakan aktiviti –aktiviti seperti berikut :
  • Membersihkan asrama/bilik Pelajar.
  • Membuang semua sisa sampah dan kekotoran di dalam asrama
  • Menyusun asrama seperti sedia kala.
3.  MATLAMAT            :Menceriakan suasana asrama sebelum pulang bercuti Akhir Tahun  serta menyusun asrama seperti sedia kala dengan cara ini ia akan memudahkan program kemasukkan sesi 2018. Akhir sekali, program ini akan menjamin keselamatan dan keperluan asrama ketika bercuti.

4.  OBJEKTIF                :Pada akhir program ini dapat :
  • Menceriakan asrama sebelum pulang bercuti
  • Kawasan asrama selamat dari serangan haiwan berbahaya
  • Keadaan asrama teratur seperti sedia kala
5.  SASARAN                :    Semua penghuni asrama aspura dan aspuri

6.  MASA                      :   2 Hari Sahaja

7.  SUMBER TENAGA  : 
·         Warden
·         Penyelia Asrama
·         Biro Kolej Kediaman
·         Biro HelWani

8. STRATEGI PELAKSANAAN:
·         Semua penghuni asrama perlu membersihkan bilik mereka dengan bersih dan teratur.
·         Tiada sebarang perkakas elektrik serta pakaian yang digantung pada ampaian baju
·         Warden akan menjaga dan memerhati setiap pergerakan penghuni asrama
·         Biro Kolej Kediaman dan Biro HelWani akan membuat rondaan untuk memastikan asrama bersih dan memberi laporan kepada warden asrama.

9.  PENILAIAN
·         Asrama dalam keadaan bersih dan teratur
·         Tiada sebarang peralatan tambahan yang melebihi ketetapan kuantiti asrama
·         Tiada sebarang pakaian yang berada di ampaian baju atau di kawasan asrama

No comments:

Post a Comment