Thursday, October 12, 2017

Laporan Cadangan Pelajar Luar

AKTIVITI BIRO KOLEJ KEDIAMAN

1.  PROGRAM               :           KAWASAN REHAT PELAJAR LUAR

2.  CADANGAN            :       Mengadakan kawasan seperti berikut :
·         Memberi pelajar luar satu ruang bilik atau kelas untuk mereka berehat semasa waktu rehat pada jam 1 hingga 2 petang
·         Menyediakan satu tapak berbumbung (Dewan) sebagai tempat mereka berehat

3.  MATLAMAT            : Mengelakkan isu buli di asrama dan menjaga keselamatan dan barang peribadi penghuni asrama daripada diceroboh oleh pelajar luar. Serta mengurangkan masalah disiplin pelajar daripada merokok dan ponteng kelas pada sesi petang.

4.  OBJEKTIF                :Pada akhir program ini dapat :
  • Menceriakan penghuni asrama
  • Menjaga keselamatan dan barang peribadi penghuni asrama
  • Mengelakkan terjebak masalah disiplin pelajar
  • Mengelakkan sebarang pergaduhan diantara penghuni asrama dan pelajar luar
  • Memastikan tiada sebarang penyeludupan barang terlarang berlaku di asrama
5.  SASARAN                :    Semua pelajar luar

6.  SUMBER TENAGA  : 
·         Pengarah
·         Timbalan Pengarah
·         Warden
·         Penyelia Asrama
·         Biro Kolej Kediaman

7. STRATEGI PELAKSANAAN:
·         Memastikan keselamatan pelajar terjaga dan memerhati pergerakan pelajar luar .
·         Warden perlu mengawasi pelajar pada waktu rehat pada jam 1 hingga 2 petang
·         Biro Kolej Kediaman akan membuat laporan kepada pelajar luar yang menceroboh asrama pada warden yang bertugas.

8. MASALAH
·         Tiada Ruang rehat yang sesuai dan selesa kepada pelajar luar
·         Pengawasan warden diperlukan dan mungkin menganggu waktu rehat warden
·         Memerlukan khidmat yang banyak oleh semua pihak

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

AKTIVITI BIRO KOLEJ KEDIAMAN

1.  PROGRAM               :           GEMPUR PELAJAR LUAR

2.  CADANGAN            :       Mengadakan aktiviti-aktiviti seperti berikut :
·         Biro Kolej Kediaman akan membuat laporan sekiranya terdapat penceroboh kepada warden yang bertugas
·         Biro Kolej Kediaman akan memastikan setiap gerak geri penceroboh supaya ditangkap dan diberi denda kepada penceroboh.
·         Cadangan denda adalah dengan memberi penceroboh membuat kerja amal seperti mengutip sampah, membersihkan longkang dan sebagainya
3.  MATLAMAT            : Mengelakkan isu buli di asrama dan menjaga keselamatan dan ke peribadi penghuni asrama daripada diceroboh oleh pelajar luar. Serta mengurangkan masalah disiplin pelajar daripada merokok dan ponteng kelas pada sesi petang.
4.  OBJEKTIF                :Pada akhir program ini dapat :
  • Menceriakan penghuni asrama
  • Menjaga keselamatan dan peribadi penghuni asrama
  • Mengelakkan pelajar terjebak dalam masalah disiplin pelajar
5.  SASARAN                :    Semua pelajar luar
6.  SUMBER TENAGA  : 
·         Pengarah
·         Timbalan Pengarah
·         Warden
·         Penyelia Asrama
·         Exco Kolej Kediaman
7. STRATEGI PELAKSANAAN:
·         Biro Kolej Kediaman akan membuat laporan sekiranya terdapat pencerobohan.
·         Warden akan memberikan denda terhadap mereka yang menceroboh kawasan asrama
·         Tindakan berat dikenakan sekiranya ditangkap secara berturutan
·         Pelajar asrama juga boleh melakukan laporan sekiranya berlakunya pencerebohan.
·         Pelajar asrama yang bersubahat juga akan diambil tindakan yang berat.



No comments:

Post a Comment